Thursday, 11 January 2018

MELATIH KREATIVITI ANAK MELALUI AKTIVITI BERMAIN 

Untuk pengetahuan ibubapa,sebenarnya aktiviti bermain sebarang permainan adalah cara kanak-kanak belajar, mencuba sesuatu, meneroka dunianya, merangsang minda dan meningkatkan keyakinan anak untuk berkomunikasi....

Aktiviti bermain akan lebih bermanfaat jika ibubapa turut serta dalam aktiviti tersebut... kenapa? 
Sebabnya adalah seperti berikut
1. Mengajar anak cara bermain yang betul. Maksudnya kalau diberi [cawan], anak akan pura-pura minum air, bukannya buang atau baling cawan tu.

2. Mengajar anak nama setiap sesuatu dalam permainan. jika anak hanya main sorang diri atau dengan adik kecil yang belum bercakap lagi, hmmm... nanti dari mana anak nak dengar dan belajar nama setiap benda dan aksi dalam permainan.

3. Melatih anak untuk berkomunikasi dua hala. Maksudnya untuk biasakan anak terlibat dengan perbualan dengan orang lain. Jika tidak, nanti anak kekok atau tak minat atau tak pandai atau taknak berkomunikasi dengan orang lain. kesian anak kita tu nanti... sorang-sorang je. 

Tips bermain dengan anak boleh dibahagikan kepada 4 perkara

(1) CARA ANAK BERMAIN

Mula-mula bayi memang suka tengok reaksi muka orang dewasa. Dah besar sikit suka main walaupun tanpa permainan seperti main [tepuk amai-amai] [peek a boo]. Lepastu mesti pandai main satu objek dengan cara yang betul, contohnya pisau untuk potong ikan. Lepastu mesti pandai berpura-pura, contohnya pisau jadi sudu untuk kacau air. Lepastu kene pandai berimaginasi, contohnya takde sudu... tapi tangan dia seolah-olah tengah pegang sudu untuk kacau air.

Hmmm... jadi tengoklah cara anak kita main, kemudian kita upgrade sikit supaya dia belajar kemahiran yang baru.

(2) DENGAN SIAPA ANAK MAIN
Kanak-kanak memang bermula dengan suka main sendiri, tapi kita kene ajar untuk libatkan orang lain masa main. Kemudian kita ajar pula supaya main dengan anak patung, tak kisah lah anak lelaki ke perempuan ke, mesti berkemahiran main dengan patung. Kita sesuaikan lah dengan keadaan, anak perempuan bagilah patung princes, anak lelaki bagi lah patung spiderman ke. last sekali anak kene pandai berimaginasi main dengan character yang tak wujud depan dia pun. Contohnya anak jadi ultraman tengah lawan dinasour...tapi dinasournya takde pun.

Sama juga lah ye, tengok anak kita dah pandai sampai mana, kita tolong ajar dia kemahiran baru pula. Kita upgrade skill bermain dia.

(3) STEP DALAM PERMAINAN


Step ni senang je... kita perhatikan berapa step anak kita main. kita tambah je step baru, makin banyak step dalam permaian semakin bagus. Sebab ini melatih minda anak kita dalam proses bercerita.

(4) PLAN DALAM PERMAINAN

Untuk plan pula... kita latih anak kita bertindak segera jika berlaku sesuatu. Contohnya masa main tuang air, tetiba air tumpah... "ups air tumpah, ni kain lap". Bila dah pandai, kita boleh ajar plan untuk sesuatu yang belum terjadi lagi... contohnya awal-awal lagi dah sediakan kain lap sebelum air tumpah. Macam tu lah lebih kurang.

SELAMAT MENCUBA,


No comments:

Post a Comment

PERANAN IBU