Tuesday, 19 December 2017

SERONOKNYA BELAJAR BERCAKAP DENGAN BUSY BOOK 12.12.2017
Setelah selesai sesi ceramah oleh En Shahrul Ikram & Pn Analiza Anis, sesi diteruskan dengan perbincangan bersama-sama peserta kursus yang hadir. Wah! Rupanya kita sebagai ibubapa mempunyai banyak idea dan peluang untuk mengajar anak bercakap diantaranya seperti yang ada dalam gambar.




a) Melalui aktiviti harian untuk mengajar anak bercakap
Ø Sewaktu menonton TV, menyanyi dengan anak, mengambil gambar sebenar kemudian cetak sebagai bahan bantu mengajar, aktiviti di luar rumah seperti sewaktu jemur pakaian, di taman permainan, di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat, mengemas rumah, main berbagai jenis permaian dan lain-lain.

b) teknik khas yang perlu ibubapa gunakan
Ø Ibubapa dan anak bersama-sama melihat bahan mengajar, saling berpandangan, pegang tangan anak dan tunjuk gambar atau buat aksi tertentu, ulang percakapan dengan cara yang menarik, kreatif mencipta bahan mengajar seperti busy book.

c) ibubapa perlu ada target/matlamat spesifik untuk mengajar anak
Ø Perkenal perkataan baharu (sekurang-kurangnya 1 perkataan setiap hari), melatih anak untuk cakap ayat yang ada 2 patah perkataan seperti
“kucing comel”
 “makan nasi”
“nak air”
dan lain-lain matlamat yang sesuai dengan anak.

Ø Ingat! Kita perlu sentiasa tetapkan matlamat yang lebih tinggi sedikit dari kebolehan anak sekarang, tapi jangan terlalu tinggi pula.
Contohnya : jika anak memang selalu cakap sepatah- sepatah “nak”, ibubapa kene lah selalu cakap dan ajar anak cakap 2 patah perkataan dalam satu ayat “nak air”.


d) hasilnya berbagai idea kreatif telah berjaya dihasilkan oleh peserta yang hadir.
berikut saya sertakan idea asal ibubapa dan sedikit cadangan penambahbaikan.






Ini bagus untuk ajar konsep STEP SEQUENCES atau peringkat awal bercerita


Contoh:

1. ibu bapa boleh cakap sambil tunjuk gambar.
"Mula-mula adik baca buku. kemudian adik boleh main puzzle."

2. Kemudian galakkan anak untuk cakap berpandukan gambar

3. ini dinamakan penceritaan 2 step.














Ini pula untuk ajar konsep padankan bentuk, saiz dan warna


contoh : 

1. ibubapa cakap “adik ambil bentuk bintang kecil warna merah.”
2. Nanti boleh lah anak ambil bentuk yang dinyatakan kemudian letak pada padanan gambar yang sama. 

3.Ini ala-ala macam puzzle la ni, tapi versi ibubapa dan anak buat sendiri dalam busy book.

*Cadangan saya jika anak berumur 4 tahun ke bawah boleh guna objek harian. 

Contohnya “adik ambil baju besar warna merah”



Ini sesuai untuk ajar konsep nombor dan kuantiti

  contoh : 

1. ibubapa boleh cakap “satu kapas bola”

2. Nanti boleh lah anak respon yang mana ada satu bola kapas dan yang mana nombor "1".

*Cadangan saya boleh juga tambahkan perkataan “SATU” atau “ONE” untuk kemahiran membaca.


Wah! Ini macam permainan interaktif di skrin


contoh : 

1. Ibubapa gerakkan jari bermula dari karakter cartoon dan sebut “nak makan am am am” sampai dekat gambar epal, sebut “nak makan epal am am am”

2. Kemudian beri giliran kepada anak pula untuk buat perkara yang sama.

3. Dengan aktiviti ini kita boleh galakkan anak cakap lebih panjang dan kenalkan berbagai jenis makanan.

*Cadangan saya boleh juga sediakan gambar makanan yang lebih besar bersaiz seperti ukuran skrin di tengah. Apabila anak sebut ayat lengkap boleh lekatkan gambar di tengah menggunakan “sticky notes”



Ini lipatan origami yang apabila dibuka akan ada gambar di dalamnya. Cantikkan?


contoh cara nak main :

1. Ibubapa sebut “kita nak cari gambar epal”
2. Kemudian buka origami dan sebut “ini epal”

*Cadangan saya boleh juga kita beri huraian tentang “epal” contohnya “epal warna merah, buah epal rasanya sedap, kita beli epal di pasar”










Ada banyak lagi kreativiti yang boleh kita jadikan sebahagian daripada usaha kita mengajar anak bercakap menggunakan busy book. Contoh yang lain adalah seperti berikut.






Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan idea kreatif untuk busy book.





 






Selamat  Mencuba dan Semoga Berjaya
 
 

No comments:

Post a Comment

PERANAN IBU