SERONOKNYA
BELAJAR BERCAKAP DENGAN BUSY BOOK 12.12.2017
Setelah
selesai sesi ceramah oleh En Shahrul Ikram & Pn Analiza Anis, sesi
diteruskan dengan perbincangan bersama-sama peserta kursus yang hadir. Wah!
Rupanya kita sebagai ibubapa mempunyai banyak idea dan peluang untuk mengajar
anak bercakap diantaranya seperti yang ada dalam gambar.
a) Melalui aktiviti harian untuk mengajar anak
bercakap
Ø Sewaktu
menonton TV, menyanyi dengan anak, mengambil gambar sebenar kemudian cetak
sebagai bahan bantu mengajar, aktiviti di luar rumah seperti sewaktu jemur
pakaian, di taman permainan, di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sesuatu
tempat, mengemas rumah, main berbagai jenis permaian dan lain-lain.
b) teknik khas yang perlu ibubapa gunakan
Ø Ibubapa dan
anak bersama-sama melihat bahan mengajar, saling berpandangan, pegang tangan
anak dan tunjuk gambar atau buat aksi tertentu, ulang percakapan dengan cara
yang menarik, kreatif mencipta bahan mengajar seperti busy book.
c) ibubapa perlu ada target/matlamat spesifik untuk
mengajar anak
Ø Perkenal perkataan
baharu (sekurang-kurangnya 1 perkataan setiap hari), melatih anak untuk cakap
ayat yang ada 2 patah perkataan seperti
“kucing comel”
“makan nasi”
“nak air”
dan lain-lain matlamat yang sesuai dengan anak.
Ø
Ingat! Kita perlu sentiasa tetapkan
matlamat yang lebih tinggi sedikit dari kebolehan anak sekarang, tapi jangan
terlalu tinggi pula.
Contohnya : jika anak memang selalu
cakap sepatah- sepatah “nak”, ibubapa kene lah selalu cakap dan ajar anak cakap
2 patah perkataan dalam satu ayat “nak air”.
d)
hasilnya berbagai idea kreatif telah berjaya dihasilkan oleh peserta yang
hadir.
berikut saya sertakan idea asal ibubapa dan sedikit cadangan penambahbaikan.
berikut saya sertakan idea asal ibubapa dan sedikit cadangan penambahbaikan.
Ini bagus untuk ajar
konsep STEP SEQUENCES atau peringkat awal
bercerita
Contoh:
1. ibu bapa boleh cakap sambil tunjuk gambar.
"Mula-mula adik baca buku. kemudian adik boleh main puzzle."
2. Kemudian galakkan anak untuk cakap berpandukan gambar
3. ini dinamakan penceritaan 2 step.
Ini pula
untuk ajar konsep padankan bentuk, saiz dan warna
contoh :
1. ibubapa cakap “adik ambil bentuk bintang kecil warna merah.”
2. Nanti boleh lah anak ambil bentuk yang dinyatakan kemudian letak pada padanan
gambar yang sama.
3.Ini ala-ala macam puzzle la ni, tapi versi ibubapa dan anak
buat sendiri dalam busy book.
*Cadangan saya jika anak berumur 4 tahun ke bawah boleh guna objek harian.
Contohnya “adik ambil baju besar warna merah”
Ini sesuai untuk ajar
konsep nombor dan kuantiti
1. ibubapa boleh cakap “satu kapas bola”
2. Nanti boleh lah anak respon yang mana ada satu bola kapas dan yang mana nombor "1".
*Cadangan saya boleh juga tambahkan perkataan “SATU” atau “ONE” untuk kemahiran
membaca.
Wah! Ini macam
permainan interaktif di skrin
contoh :
1. Ibubapa gerakkan jari bermula dari karakter cartoon dan sebut “nak makan am am am” sampai dekat gambar epal, sebut “nak makan epal am am am”
2. Kemudian beri giliran kepada anak pula untuk buat perkara yang sama.
3. Dengan aktiviti ini kita boleh galakkan anak cakap lebih panjang dan kenalkan berbagai jenis makanan.
*Cadangan saya boleh juga sediakan gambar makanan yang lebih besar bersaiz seperti ukuran skrin di tengah. Apabila anak sebut ayat lengkap boleh lekatkan gambar di tengah menggunakan “sticky notes”
Ini lipatan origami
yang apabila dibuka akan ada gambar di dalamnya. Cantikkan?
1. Ibubapa sebut “kita nak cari gambar epal”
2. Kemudian buka origami dan sebut “ini epal”
*Cadangan saya boleh juga kita beri huraian tentang “epal” contohnya “epal warna merah, buah epal rasanya sedap, kita beli epal di pasar”
Ada
banyak lagi kreativiti yang boleh kita jadikan sebahagian daripada usaha kita
mengajar anak bercakap menggunakan busy book. Contoh yang lain adalah seperti
berikut.
|
|
||||
|
||||










