Malaazmi
Tuesday, 27 March 2018
Wednesday, 21 February 2018
POTONG LIDAH DAHULU,
BARU BOLEH CAKAP
“RAMAI orang beritahu
saya, budak-budak tak boleh bercakap sebab lidah mereka sudah
melekat. Jadi saya fikir perlu jumpa doktor untuk pastikan samada perlu potong
atau tidak lidah anak saya ni?” Tergamam saya mendengar kenyataan Puan Ling,
namun demi menjaga hatinya, saya terus menumpukan perhatian. Fikiran saya terus
mencari-cari ayat yang sesuai diungkapkan bagi menerangkan fakta sebenar dan
dalam masa yang sama memastikan tiada pihak terasa hati.
“Siapa ramai orang tu? seorang pakar?
doktor? guru? jururawat?” Saya cuba mencari latar belakang penyampai maklumat
ni….“Takdelah, bukan doktor cakap, kawan-kawan dan keluarga saya yang cakap
macam ni. Tapi saya pun tak pernah tengok bagaimana keadaan lidah selepas
dipotong”. Puan Ling menjawab ringkas.
“Ooo begitu. Mungkin mereka cakap dari
pengalaman mempunyai anak bercakap tidak jelas. Selepas menjalani pembedahan
kecil pada lidah atau yang puan sebut potong
lidah, baru ada perubahan positif pertuturan mereka. Sebenarnya apabila
otot ini pendek dari biasa, akan menyebabkan lidah seakan melekat di bahagian
bawah mulut. Lidah menjadi susah untuk diangkat menyentuh gigi atas, dan
apabila cuba menjulurkan lidah, maka akan terlihat sepeti kesan terbelah di
tengah bahagian hadapan lidah atau seperti bentuk 'love'”. Saya menunjukkan frenum, iaitu otot halus seperti benang di bawah lidah.
“Memang keadaan lidah seperti ini akan
menyebabkan percakapan menjadi tak jelas. Terutamanya untuk menyebut perkataan
yang mempunyai bunyi T, N, D, L, kekadang turut menjejaskan sebutan Y, R, NY,
J, tetapi tidak semua kes begitu. Ada juga kanak-kanak dengan masalah lidah
lekat atau lidah pendek ni boleh bercakap dengan jelas, macam kanak-kanak lain.
Sebab itulah juga tidak semua kanak-kanak lidah lekat ni perlu menjalani
pembedahan tongue tie release atau
lebih dikenali orang awam sebagai potong lidah. Dua fakta
penting bagi kes seperti ini,
(1) Masalah lidah lekat atau lidah pendek atau tongue tie ni memang berpotensi
menyebabkan kanak-kanak menjadi pelat (cakap tak jelas), tetapi bukanlah 100%
peratus kes begini menyebabkan masalah sebutan.
(2) Lidah pendek ni bukan punca kanak-kanak
tidak faham arahan dan bukan juga bukan penyebab kanak-kanak langsung tidak
bercakap.
Kesimpulannya, jika kanak-kanak boleh
memahami serta mengujarkan bahasa dalam komunikasi, tetapi sebutannya tidak
jelas dan disahkan mempunyai lidah lekat atau lidah pendek atau tongue tie. Maka prosedur tongue tie release boleh dicuba untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, setelah menjalani prosedur pembedahan ini, kanak-kanak
bukanlah terus boleh bercakap dengan betul. Kanak-kanak ini perlu menjalani
proses penilaian dan terapi pertuturan bagi melatih mereka untuk menyebut bunyi
pertuturan dengan betul”.
“Begitu rupanya, sekarang saya sudah faham
mengapa doktor tidak pernah mencadangkan pembedahan tongue tie release untuk
anak saya sebelum ni. Sebenarnya anak saya bukan tidak boleh cakap disebabkan masalah ini,
tetapi dia perlu belajar language terlebih
dahulu di Speech Therapy ini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat
ini dengan saya” Puan Ling merumuskan ringkas.
Saturday, 27 January 2018
FEEDING DIFFICULTY & SPEECH IMPAIRMENT: CHILDREN WITH TONGUE TIE
´Ankyloglossia commonly known
as “tongue-tie,” is a congenital oral anomaly
characterized by an abnormally short lingual frenulum and may result in
a varying degree of decreased tongue tip mobility.
´in children,
it can lead to a range of problems, such as feeding
difficulties,
speech impairments, poor oral
hygiene, and being embarrassed by peers during childhood and adolescence.
üPhysical characteristics of oral anatomy. A
commonly employed criterion was the frenulum being abnormally short and thick,
which caused the tongue to become heart-shaped upon protrusion.
üFunctional impairment, such as an
inability to protrude the tongue past the gum line, and other indications of
decreased tongue mobility
´All studies used different outcome measures to assess the effectiveness of frenotomy (tongue tie release), including reduce nipple pain during breastfeeding, infant growth, tongue mobility, speech pronunciation,and successful breastfeeding…..
Given the evidence currently available, propose that frenotomy may be viewed as a safe, effective, and practical approach to treatment of breastfeeding difficulties in infants with ankyloglossia in whom alternative explanations for poor feeding and failure to thrive have been properly assessed.
Causes of inadequate intake (Joan C. Arvedson 2006)

´Decreased
appetite/hunger drive
´Disordered
parent child interaction
´Inadequate
suck swallow skills
´Learned
aversion due to pain or discomfort following feeds
´Tongue tie related issues
´Inadequate suck swallow skills
´Learned
aversion due to discomfort/tired following
feeds
OUTCOME OF TONGUE-TIE RELEASE PROCEDURE
´Allow full compliance of oral motor function
´Does not mean immediate change of tongue movement, feeding skills & speech production
Other contributing factors : Habbit, retraining, developmental issue
Thursday, 25 January 2018
bermain dengan anak
Video kali ni saya nak 'share' tentang kepentingan ibubapa dan keluarga mesti turut sama bermain dengan anak. Walaupun bagi orang dewasa nampak remeh atau mudah, hakikatnya bermain yang dirancang sebenarnya boleh menjadikan anak kita seorang yang bijak. Dalam masa yang sama boleh mencapai banyak matlamat dalam kemahiran bercakap dan komunikasi kanak-kanak.
Bagi ibubapa yang bekerja .....MASA selalu menjadi penghalang meluangkan masa bermain dengan anak. Maklumlah waktu di tempat kerja... dah penat, perjalanan balik kerja yang sesak... penat lagi, balik rumah nak uruskan hal rumah... bertambah penat. lastnya masa berlalu, tau-tau anak dah besar.
Percayalah...
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga.
Anak juga perlu kan perhatian dan kasih sayang ibubapa.
Anak kecil menilai kasih sayang ibubapa daripada masa dan perhatian yang diberikan kepada mereka.
Anak bukan kecil selama-lamanya. Jadi manfaatkan masa kecil anak dengan aktiviti yang terbaik untuk mereka.Nanti bila anak dah besar, pasti ibubapa pula rindu masa kecil mereka yang tak boleh diulang lagi...
Thursday, 11 January 2018
MELATIH KREATIVITI ANAK MELALUI AKTIVITI BERMAIN
Untuk pengetahuan ibubapa,sebenarnya aktiviti bermain sebarang permainan adalah cara kanak-kanak belajar, mencuba sesuatu, meneroka dunianya, merangsang minda dan meningkatkan keyakinan anak untuk berkomunikasi....
Aktiviti bermain akan lebih bermanfaat jika ibubapa turut serta dalam aktiviti tersebut... kenapa?
Sebabnya adalah seperti berikut
1. Mengajar anak cara bermain yang betul. Maksudnya kalau diberi [cawan], anak akan pura-pura minum air, bukannya buang atau baling cawan tu.
2. Mengajar anak nama setiap sesuatu dalam permainan. jika anak hanya main sorang diri atau dengan adik kecil yang belum bercakap lagi, hmmm... nanti dari mana anak nak dengar dan belajar nama setiap benda dan aksi dalam permainan.
3. Melatih anak untuk berkomunikasi dua hala. Maksudnya untuk biasakan anak terlibat dengan perbualan dengan orang lain. Jika tidak, nanti anak kekok atau tak minat atau tak pandai atau taknak berkomunikasi dengan orang lain. kesian anak kita tu nanti... sorang-sorang je.
Tips bermain dengan anak boleh dibahagikan kepada 4 perkara
(1) CARA ANAK BERMAIN
Mula-mula bayi memang suka tengok reaksi muka orang dewasa. Dah besar sikit suka main walaupun tanpa permainan seperti main [tepuk amai-amai] [peek a boo]. Lepastu mesti pandai main satu objek dengan cara yang betul, contohnya pisau untuk potong ikan. Lepastu mesti pandai berpura-pura, contohnya pisau jadi sudu untuk kacau air. Lepastu kene pandai berimaginasi, contohnya takde sudu... tapi tangan dia seolah-olah tengah pegang sudu untuk kacau air.
Hmmm... jadi tengoklah cara anak kita main, kemudian kita upgrade sikit supaya dia belajar kemahiran yang baru.
(2) DENGAN SIAPA ANAK MAIN
Kanak-kanak memang bermula dengan suka main sendiri, tapi kita kene ajar untuk libatkan orang lain masa main. Kemudian kita ajar pula supaya main dengan anak patung, tak kisah lah anak lelaki ke perempuan ke, mesti berkemahiran main dengan patung. Kita sesuaikan lah dengan keadaan, anak perempuan bagilah patung princes, anak lelaki bagi lah patung spiderman ke. last sekali anak kene pandai berimaginasi main dengan character yang tak wujud depan dia pun. Contohnya anak jadi ultraman tengah lawan dinasour...tapi dinasournya takde pun.
Sama juga lah ye, tengok anak kita dah pandai sampai mana, kita tolong ajar dia kemahiran baru pula. Kita upgrade skill bermain dia.
(3) STEP DALAM PERMAINAN
Step ni senang je... kita perhatikan berapa step anak kita main. kita tambah je step baru, makin banyak step dalam permaian semakin bagus. Sebab ini melatih minda anak kita dalam proses bercerita.
(4) PLAN DALAM PERMAINAN
Untuk plan pula... kita latih anak kita bertindak segera jika berlaku sesuatu. Contohnya masa main tuang air, tetiba air tumpah... "ups air tumpah, ni kain lap". Bila dah pandai, kita boleh ajar plan untuk sesuatu yang belum terjadi lagi... contohnya awal-awal lagi dah sediakan kain lap sebelum air tumpah. Macam tu lah lebih kurang.
SELAMAT MENCUBA,

Tuesday, 19 December 2017
SERONOKNYA
BELAJAR BERCAKAP DENGAN BUSY BOOK 12.12.2017
Setelah
selesai sesi ceramah oleh En Shahrul Ikram & Pn Analiza Anis, sesi
diteruskan dengan perbincangan bersama-sama peserta kursus yang hadir. Wah!
Rupanya kita sebagai ibubapa mempunyai banyak idea dan peluang untuk mengajar
anak bercakap diantaranya seperti yang ada dalam gambar.
a) Melalui aktiviti harian untuk mengajar anak
bercakap
Ø Sewaktu
menonton TV, menyanyi dengan anak, mengambil gambar sebenar kemudian cetak
sebagai bahan bantu mengajar, aktiviti di luar rumah seperti sewaktu jemur
pakaian, di taman permainan, di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sesuatu
tempat, mengemas rumah, main berbagai jenis permaian dan lain-lain.
b) teknik khas yang perlu ibubapa gunakan
Ø Ibubapa dan
anak bersama-sama melihat bahan mengajar, saling berpandangan, pegang tangan
anak dan tunjuk gambar atau buat aksi tertentu, ulang percakapan dengan cara
yang menarik, kreatif mencipta bahan mengajar seperti busy book.
c) ibubapa perlu ada target/matlamat spesifik untuk
mengajar anak
Ø Perkenal perkataan
baharu (sekurang-kurangnya 1 perkataan setiap hari), melatih anak untuk cakap
ayat yang ada 2 patah perkataan seperti
“kucing comel”
“makan nasi”
“nak air”
dan lain-lain matlamat yang sesuai dengan anak.
Ø
Ingat! Kita perlu sentiasa tetapkan
matlamat yang lebih tinggi sedikit dari kebolehan anak sekarang, tapi jangan
terlalu tinggi pula.
Contohnya : jika anak memang selalu
cakap sepatah- sepatah “nak”, ibubapa kene lah selalu cakap dan ajar anak cakap
2 patah perkataan dalam satu ayat “nak air”.
d)
hasilnya berbagai idea kreatif telah berjaya dihasilkan oleh peserta yang
hadir.
berikut saya sertakan idea asal ibubapa dan sedikit cadangan penambahbaikan.
berikut saya sertakan idea asal ibubapa dan sedikit cadangan penambahbaikan.
Ini bagus untuk ajar
konsep STEP SEQUENCES atau peringkat awal
bercerita
Contoh:
1. ibu bapa boleh cakap sambil tunjuk gambar.
"Mula-mula adik baca buku. kemudian adik boleh main puzzle."
2. Kemudian galakkan anak untuk cakap berpandukan gambar
3. ini dinamakan penceritaan 2 step.
Ini pula
untuk ajar konsep padankan bentuk, saiz dan warna
contoh :
1. ibubapa cakap “adik ambil bentuk bintang kecil warna merah.”
2. Nanti boleh lah anak ambil bentuk yang dinyatakan kemudian letak pada padanan
gambar yang sama.
3.Ini ala-ala macam puzzle la ni, tapi versi ibubapa dan anak
buat sendiri dalam busy book.
*Cadangan saya jika anak berumur 4 tahun ke bawah boleh guna objek harian.
Contohnya “adik ambil baju besar warna merah”
Ini sesuai untuk ajar
konsep nombor dan kuantiti
1. ibubapa boleh cakap “satu kapas bola”
2. Nanti boleh lah anak respon yang mana ada satu bola kapas dan yang mana nombor "1".
*Cadangan saya boleh juga tambahkan perkataan “SATU” atau “ONE” untuk kemahiran
membaca.
Wah! Ini macam
permainan interaktif di skrin
contoh :
1. Ibubapa gerakkan jari bermula dari karakter cartoon dan sebut “nak makan am am am” sampai dekat gambar epal, sebut “nak makan epal am am am”
2. Kemudian beri giliran kepada anak pula untuk buat perkara yang sama.
3. Dengan aktiviti ini kita boleh galakkan anak cakap lebih panjang dan kenalkan berbagai jenis makanan.
*Cadangan saya boleh juga sediakan gambar makanan yang lebih besar bersaiz seperti ukuran skrin di tengah. Apabila anak sebut ayat lengkap boleh lekatkan gambar di tengah menggunakan “sticky notes”
Ini lipatan origami
yang apabila dibuka akan ada gambar di dalamnya. Cantikkan?
1. Ibubapa sebut “kita nak cari gambar epal”
2. Kemudian buka origami dan sebut “ini epal”
*Cadangan saya boleh juga kita beri huraian tentang “epal” contohnya “epal warna merah, buah epal rasanya sedap, kita beli epal di pasar”
Ada
banyak lagi kreativiti yang boleh kita jadikan sebahagian daripada usaha kita
mengajar anak bercakap menggunakan busy book. Contoh yang lain adalah seperti
berikut.
|
|
||||
|
||||
Monday, 11 December 2017
TAHUKAH ANDA?
Semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah LAMBAT BERCAKAP.
atau juga di dikatakan mengalami Speech Language Delay.
LAMBAT BERCAKAP
atau juga di dikatakan mengalami Speech Language Delay.
LAMBAT BERCAKAP
tidak semestinya dialami oleh kanak-kanak yang istimewa seperti
Down Sindrom, Autism, Bermasalah pendengaran dan lain-lain.
LAMBAT BERCAKAP
juga menjadi sesuatu perkara yang merisaukan ibubapa kepada kanak-kanak yang dilahirkan normal, melalui perkembangan fizikal yang normal
dan turut disahkan mempunyai tahap pendengaran yang normal.
MITOS TENTANG KANAK-KANAK LAMBAT BERCAKAP
*hanya masalah kecil yang tidak perlu dirisaukan
*tidak mengapa lambat cakap, yang penting anak sihat
*tidak perlu ajar anak bercakap, nanti anak akan pandai sendiri
*budak lelaki lambat cakap berbanding budak perempuan
*kalau anak cepat berjalan memang lambat bercakap
LAMBAT BERCAKAP BOLEH DIELAKKAN
jika kanak-kanak mempunyai peluang untuk belajar bercakap sejak hari pertama dilahirkan

dan berterusan setiap hari, melalui perbualan serta aktiviti harian bersama ibubapa dan keluarganya.
Beberapa TIPS MENGAJAR ANAK BERCAKAP
adalah seperti dalam video yang disertakan di atas.
SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA IBUBAPA
SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA IBUBAPA
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
MELATIH KREATIVITI ANAK MELALUI AKTIVITI BERMAIN Untuk pengetahuan ibubapa,sebenarnya aktiviti bermain sebarang permainan adalah cara kan...
-
POTONG LIDAH DAHULU, BARU BOLEH CAKAP “RAMAI orang beritahu saya, b udak-budak tak boleh bercakap sebab lidah mereka sudah melekat....
-
TAHUKAH ANDA? Semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah LAMBAT BERCAKAP. atau juga di dikatakan mengalami Speech Language Delay. ...