Thursday, 25 January 2018

bermain dengan anak



Video kali ni saya nak 'share' tentang kepentingan ibubapa dan keluarga mesti turut sama bermain dengan anak. Walaupun bagi orang dewasa nampak remeh atau mudah, hakikatnya bermain yang dirancang sebenarnya boleh menjadikan anak kita seorang yang bijak. Dalam masa yang sama boleh mencapai banyak matlamat dalam kemahiran bercakap dan komunikasi kanak-kanak. 

Bagi ibubapa yang bekerja .....MASA selalu menjadi penghalang meluangkan masa bermain dengan anak. Maklumlah waktu di tempat kerja... dah penat, perjalanan balik kerja yang sesak... penat lagi, balik rumah nak uruskan hal rumah... bertambah penat. lastnya masa berlalu, tau-tau anak dah besar.

Percayalah... 

Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. 
Anak juga perlu kan perhatian dan kasih sayang ibubapa. 
Anak kecil menilai kasih sayang ibubapa daripada masa dan perhatian yang diberikan kepada mereka.

Anak bukan kecil selama-lamanya. Jadi manfaatkan masa kecil anak dengan aktiviti yang terbaik untuk mereka.Nanti bila anak dah besar, pasti ibubapa pula rindu masa kecil mereka yang tak boleh diulang lagi...

No comments:

Post a Comment

PERANAN IBU