Monday, 11 December 2017


TAHUKAH ANDA? 
Semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah LAMBAT BERCAKAP.
atau juga di dikatakan mengalami Speech Language Delay.

 LAMBAT BERCAKAP 
tidak semestinya dialami oleh kanak-kanak yang istimewa seperti 
Down Sindrom, Autism, Bermasalah pendengaran dan lain-lain.

LAMBAT BERCAKAP 
juga menjadi sesuatu perkara yang merisaukan ibubapa kepada kanak-kanak yang dilahirkan normal, melalui perkembangan fizikal yang normal 
dan turut disahkan mempunyai tahap pendengaran yang normal.

MITOS TENTANG KANAK-KANAK LAMBAT BERCAKAP
*hanya masalah kecil yang tidak perlu dirisaukan
*tidak mengapa lambat cakap, yang penting anak sihat
*tidak perlu ajar anak bercakap, nanti anak akan pandai sendiri
*budak lelaki lambat cakap berbanding budak perempuan
*kalau anak cepat berjalan memang lambat bercakap

LAMBAT BERCAKAP BOLEH DIELAKKAN
jika kanak-kanak mempunyai peluang untuk belajar bercakap sejak hari pertama dilahirkan
dan berterusan setiap hari, melalui perbualan serta aktiviti harian bersama ibubapa dan keluarganya.

Beberapa TIPS MENGAJAR ANAK BERCAKAP
adalah seperti dalam video yang disertakan di atas.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA IBUBAPA

No comments:

Post a Comment

PERANAN IBU